TIPS PILIH SKINCARE

JANGAN IKUT PERASAAN. IKUT HATI MATI.. SIS, JANGAN TERBURU2 NAK CANTIK. MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNA LAGI.. BUKAN CERITA BARU ...
.
PEMUTIHAN KULIT cara cepat sehingga menimbulkan kemudaratan bukan lagi cerita baru. Ceritanya telah lama bermula dan sering menjadi sinetron berulang bagi kebanyakan wanita.
Malangnya, ia tidak menjadi peringatan, bah kan semakin banyak pula produk pemutihan muncul di pasaran. Jika tiada permintaan, mustahil adanya penawaran. Maka tidak keterlaluan jika saya mengatakan demi kecantikan, kaum wanita tak pernah serik selagi tidak berlaku apa-apa kepada diri sendiri.

Di negara kita, bukan tidak terdapat pusat rawatan, klinik kecantikan atau klinik pembedahan plastik yang diasaskan sendiri oleh doktor-doktor dan pakar estetik bertauliah. Ironinya, masyarakat lebih mudah terpengaruh dan terdedah dengan hidangan dan lambakan iklan prosedur murah yang ditawarkan agensi luar negara menerusi internet.
Meski pun berita-berita mengenai kesan sampingannya turut sama hangat dihidangkan di media massa, pengajaran terhadap kisah itu belum cukup menjadi teladan dan peringatan kepada masyarakat.

Krim pemutihan tanpa pengawasan
Kulit kusam bukan bererti anda tidak sihat. Kecantikan itu subjektif bagi setiap mata yang memandangnya. Jerawat atau perubahan tona warna pada kulit wajah merupakan indikator terhadap kandungan protein dalam kulit, hal ini untuk memberitahu anda mengenai tahap kebersihan yang telah anda kenakan kepada wajah.
Penyelesaiannya bukan mengambil pil, produk atau suntikan pemutihan. Itu jalan singkat. Sebaliknya dapatkanlah nasihat dan pandangan mereka yang lebih pakar di bidang ini.
Pernah dengar mengenai Hydroquinone? Ia adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik.


Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone (kekuatan dua peratus) kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor.
Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan dua peratus. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.


Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya.
Ia boleh menyebabkan proses depigmentasi (proses di mana pigmen dibuang dan menyebabkan kulit menjadi cerah). Proses depigmentasi ini adalah proses akibat melanin pada kulit dihakis.Tanpa melanin, kulit kita menjadi lemah dan tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini di mana kebanyakan krim pemutihan berfungsi untuk membuang melanin agar lebih cantik dan putih. Padahal hakikatnya melanin diperlukan untuk melindungi wajah kita daripada radiasai matahari.

Logam berat
Begitu juga dengan logam berat seperti raksa yang terdapat dalam produk kecantikan untuk pemutihan. Raksa boleh berkumpul dalam sel bawah kulit dan berpindah ke sel dan organ lain di dalam tubuh. Lebih cepat kulit kita menerima kesan pemutihan, lebih tinggi bahan pemutih dalam produk tersebut.

Tidak dinafikan peningkatan krim pemutih wajah di pasaran tanpa pengawasan adalah disebabkan tingginya permintaan oleh kaum wanita itu sendiri. Sesetengah wanita berpendapat putih itu cantik.

Berfikir dan bertindaklah dari sekarang kerana kesannya untuk jangka masa panjang amat berat. Mungkin anda boleh bertukar kepada kaedah alami seperti penggunaan buah-buahan.




Buah betik contohnya dipercayai sebagai buah yang bermanfaat untuk kulit wajah dan tubuh manusia di samping melancarkan pencernaan. Jadikan betik yang bercampur aloe vera sebagai masker untuk memutihkan wajah sebagai kaedah alami bagi menggantikan kaedah krim pemutih yang mengandungi bahan terlarang ini.

Ciri-ciri mudah mengenal pasti krim berbahaya?
Untuk mengelakkan anda mengaplikasikan krim pemutih berbahaya di wajah kesayangan anda, perhatikan ciri-ciri mudah berikut agar kita sama-sama dapat mengelakkan kesan mudarat:

1. Warna krim berkilat - Perhatikan krim pemutih wajah yang anda pakai. Jika terlalu berkilat, dikhuatiri mempunyai pewarna berhahaya.

2. Tiada label - Krim tanpa label adalah ciri-ciri mudah untuk mengesahkan bahawa krim yang anda beli dan gunakan itu tidak diiktiraf oleh mana-mana doktor dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

3. Bau yang menyengat - Krim yang berbau kuat seperti pewangi biasanya bercampur dengan perfum untuk menyembunyikan bau logam berbahaya yang terkandung dalam krim tersebut.

4. Krim kasar dan merah ketika digunakan - Krim terasa kasar ketika digunakan dan menyebabkan muka terasa perih serta memerah ketika digunakan atau ketika terkena cahaya matahari. Ia menunjukkan wajah anda telah mula mendapat kesan atau kulit anda sudah mula menipis. Hentikan penggunaan krim tersebut. Karena biasanya krim yang mengandung bahan-bahan berbahaya akan menimbulkan efek negatif bagi wajah, seperti rasa terbakar, perih, merah-merah, dan sebagainya.

Sebagai rasa tangungjawab, sirim telah menjalankan kajian dan berjaya membangunkan pelbagai formula skincare terbaik buat semua wanita diluar sana. Objektifnya jelas agar wanita cantik secara sihat, selamat dan sah halal ketika menggunakan produk Yang berasaskan bahan semulajadi.

Sayangi diri anda....jaga kesihatan buat insan tersayang...biarlah kita cantik tanpa kesan buruk dan menang membeli menang juga waktu memakainya


Aryza Chia Miracle Oil Natural produk Bebas logam berat, Bebas merkuri, Bebas hydroquinone, Bebas PEG, Bebas Plumbum.. 

APA kata Cuba SOLUSI Natural product Pula Dan sis pasti terkejut .....

Where to find it: Check it out at
FB : Aryzachiaseedhq
IG : Aryzachiaseedhq
WEBSITE : www.aryzahq.com

Buat Pembelian Terus secara TUNAI atau Kad Kredit

KLIK 👇
Pembelian Atas Talian

HOTLINE HQ 
Hubungi WhatsApp +60189695320

Pembelian sekarang PERCUMA 1 BOTOL ARYZA CHIA SEED DENGAN SETIAP PEMBELIAN 1 BOTOL ARYZA CHIA MIRACLE OIL.

((selagi stok masih ADA..HURRY))
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...