6 TIPS UNTUK MENGURANGKAN MASALAH EKZEMA PADA BAYI

6 TIPS UNTUK MENGURANGKAN MASALAH EKZEMA PADA BAYI



Ekzema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh kalangan bayi dan juga tidak terkecuali oleh orang dewasa. Ekzema berlaku disebabkan oleh kulit kering dan gatal yang boleh menyebabkan seseorang mengosok permukaan kulit tersebut.Jika berlarutan ini akan mengakibatkan kulit menggelupas dan berlaku jangkitan bakteria, fungus dan viral pada sekitar kulit.

Penyakit ekzema ini biasa terjadi di kalangan bayi berumur antra 2-6 bulan. Salah satu jenis ekzema ialah “Atopic Dermatitis”. 

“Atopic” adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom “oversensitivity”. “Atopic” bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama seperti kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Namun begitu kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur enam (6) tahun ke atas. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.






1. PASTIKAN KULIT BAYI SENTIASA LEMBAP

Jika kulit bayi terlalu kering, struktur permukaan kulit akan menjadi kasar dan gatal. Ia juga boleh menggelupas dan ini boleh menyebabkan kuman dan bakteria menyerap masuk ke dalam kulit dengan mudah.

TIPS: Pastikan kulit bayi sentiasa dalam keadaan lembap. Ibu bapa boleh menggunakan humidifier dalam bilik bayi anda untuk pastikan udara dalam ruang bilik kekal segar dan nyaman. Sapuan baby lotion atau baby oil pada seluruh kulit bayi selepas mandi juga dapat menyegarkan kulit.




2. PILIH PRODUK YANG DIRUMUS KHAS UNTUK BAYI

Produk yang digunakan seharian oleh bayi anda mungkin menyebabkan alahan pada kulit seperti sabun mandi, sabun basuh kain, lotion atau makanan bayi.

TIPS: Pilih sabun mandi dan sabun basuh yang dicipta khusus untuk bayi sahaja dan jangan campurkan pakaian bayi dengan pakaian lain semasa membasuh. Dari segi pemakanan pula, pastikan bayi yang berumur (0-6 bulan) mengambil susu ibu yang secukupnya, manakala bayi berumur (7 bulan ke atas) hendaklah makan makanan yang dimasak sendiri kerana kerbersihannya lebih terjamin. Elakkan juha mengambil makanan yang telah diproses.


3. PASTIKAN PAKAIAN BAYI LONGGAR DAN NIPIS




Dari segi pakaian, penggunaan kain yang kasar,ketat atau miang boleh menyebabkan eczema pada kulit bayi semakin melarat. Pakaian yang terlalu ‘berat’ atau panas akan menyebabkan bayi berpeluh dan menyebabkan pembentukan ruam pada kulit.



TIPS: Pastikan bayi anda memakai kain kapas yang nipis dan longgar supaya bayi tidak mudah berpeluh.Jangan sapu bedak pada celahan-celahan pelipat kulit bayi untuk mengelakkan peluh. Hanya sapu baby lotion atau baby oil pada kulit sahaja.



4. AMALKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN SELAMAT

Amalkan kebersihan dan pengudaraan yang baik di persekitaran rumah dan tempat kerja. Ini kerana partikel-partikel kecil yang terbentuk daripada habuk, asap,bulu binatang dan debu di dalam udara boleh menyebabkan ruam dan dan kegatalan pada kulit.

TIPS : Pastikan persekitaran rumah dan tempat kerja anda sentiasa dalam keadaan bersih. Tahap kelembapan di persekitaran adalah sederhana. Gunakan cadar dan selimut yang bersih dan sentiasa ditukar dengan yang baru. Elakkan permaidani, barangan atau binatang yang berbulu. Serta jauhkan juga orang yang merokok dari mendekati bayi anda.


5. PASTIKAN KESELESAAN BAYI TERJAGA

Bayi yang mengalami masalah ekzema akan kerap menangis dan meragam. Pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap serta penglibatan dengan aktiviti di luar dan di tempat berhawa dingin dengan kerap. Selain itu, mandi di kolam yang mengandungi air klorin yang banyak juga boleh menyebabkan berlaku iritasi kulit.

TIPS: Amalkan sikap yang positif dan kekal riang. Kuku jari yang pendek untuk mengelakkan kulit melecet ketika menggaru. Mandi air suam atau air yang bersih. Mematuhi arahan doktor mengenai rawatan dan penjagaan kulit.

6. SOLUSI RAWAT EKZEMA TANPA STEROID

Minyak Chia berasaskan daripada Bijian Chia organik dari Mexico. Bijian yang diiktiraf SUPERFOOD ini terkenal merawat masalah kulit terutamanya masalah EKZEMA.

Aryza Chia Miracle Oil Tinggi pelbagai nutrisi hebat untuk kulit.
[+] Omega-3 bersifat anti radang yang dapat mencegah pembentukan eczema dan mengelakkannya daripada melarat.
[+]Zink didalam minyak chia bertindak sebagai antibiotik yang membunuh bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan.
[+]Tinggi antioksida yang melindungi kulit sedang bermasalah daripada serangan radikal bebas .
[+]Protein yang amat penting dalam setiap proses penyembuhan kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel baharu dan menggantikan sel yang rosak.
[+]Vitamin E membantu menghilangkan masalah parut dengan pantas

Minyak Chia juga sangat ringan dan mudah menyerap terus kedalam kulit dengan mudah tanpa tersumbat atau menyekat liang . Memberikan kelembapan kulit yang lama dan mengelakkan kegatalan yang tidak selesa.
Minyak chia ini bebas daripada STEROID,PNG,ALKOHOL dan PARABEN. Hanya 2-3 titik minyak dan sapuan ke kulit dapat atasi masalah kulit anda. Pilihan terbaik untuk bayi anda. 

Kasihan si kecil tidak selesa tidur. Dapatkan Aryza Chia miracle Oil hari ini.

Setiap pembelian 1 botol Aryza Chia Miracle Oil PERCUMA 1 Aryza Chia Seed  100g.

Untuk pembelian serta info lanjut mengenai Aryza Chia Miracle Oil whatsapp di : 


atau beli terus melalui website kami

KLIK 👇

http://www.aryzahq.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...