Apakah Chia Seed?

Chia Seed @ biji chia adalah sejenis bijirin yang dikelaskan sebagai superfood. Nama saintifik chia adalah Salvia hispanica. Chia adalah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal daripada Mexico.


Chia @ Salvia hispanica


Sejarah Biji Chia


Oleh kerana chia berasal daripada Amerika Selatan, sejarah chia berkait rapat dengan kaum Aztecs, Mayan, Teotihuacan dan Toltec. Chia digunakan sejak 3500 sebelum Masihi oleh bangsa Aztecs (kaum Nomad yang berasal dari Mexico) sebagai diet utama bagi orang Aztec.

Nama 'chia' diberikan oleh orang Mayan, iaitu masyarakat purba Mesoamerika yang tinggal sekitar Mexico pada 2600 Sebelum Masihi. 'Chia' bermaksud 'kekuatan'. Hal ini kerana biji chia membekalkan tenaga yang banyak kepada orang Mayan.

Antara peninggalan Tamadun Mayan


Kemudian, antara tahun 1500 - 900 Sebelum Masihi, ia ditanam di Mexico oleh orang Teotihuacan dan Toltec yang mewarisi tamadun disekitar Mexico. Penduduk Pra-Columbian menggunakan biji chia dalam perubatan, dikisar menjadi tepung, dicampurkan dalam minuman dan diekstrak menjadi minyak selain daripada dimakan sebagai bijirin penuh. Biji chia sangat berguna kerana ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun.

Seperti bijirin purba yang lain, chia seed pernah diharamkan pada zaman penjajahan Sepanyol kerana biji chia melambangkan tradisi orang Columbian. Hanya pada sekitar tahun 1990an saintis dan peladang mula berkerjasama untuk mengkomersialkan biji chia. Sekarang, chia ditanam di Mexico, Argentina, Peru, Bolivia dan Australia. ARYZA Chia Seed mengimport terus biji chia daripada Mexico.


Keistimewaan Biji Chia

Selain daripada mengandungi kaya dengan nutrisi seperti protien, Omega-3, serat, vitamin C dan garam mineral, chia seed mampu mengembang sehingga 10x ganda daripada saiz asal. Ia juga tidak mempunyai rasa dan tahan lama. Malah bebas gluten. Chia seed boleh dicampurkan dalam sebarang jenis makanan dan minuman.





Pengambilan tiga penutup ARYZA Chia Seed sehari mampu mengawal selera makan, memberi rasa kenyang yang lama, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kolesterol, mengawal gula dalam darah, membantu pembentukan gigi dan tulang, mengawal sakit sendi, membantu pembentukkan sistem saraf, membanyakkan susu badan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan biji chia, sila klik  [di sini]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...