BERSARAPANLAH SEPERTI SEORANG RAJA!!



Bersarapanlah bagai seorang raja, makan tengah bak putera dan makan malam seperti orang miskin. Frasa tersebut bukan asing di telinga kita, isunya adakah kita mampu melakukan seperti yang disaran?

Permulaan hari yang sibuk menyebabkan sarapan tidak tersenarai sebagai satu keutamaan, tetapi ramai tidak sedar mengambil sedikit masa untuk sarapan memberi kesan yang cukup besar pada prestasi diri.

Kepada para pelajar, ke sekolah tanpa bersarapan dipercayai boleh mengganggu konsentrasi ketika belajar. Kepada golongan dewasa pula, ada pandangan menyatakan jika anda ingin mengekalkan berat badan, maka jangan tinggalkan sarapan.

Sejauh manakah benarnya pandangan tersebut atau adakah ia sekadar mitos? Analoginya begini. Permulaan hari tanpa sarapan sama seperti ingin menggerakkan kereta tanpa minyak. Sarapan memberi tubuh dan otak tenaga selepas semalaman berpuasa. 

Kajian American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan kesan pada tubuh sekiranya seseorang tidak bersarapan secara berkala.

Mereka yang tidak bersarapan dipercayai membakar lebih banyak kalori, bagaimanapun tabiat tersebut boleh meningkatkan radang berbahaya.


Mempelbagaikan menu sihat

Jadi bagi mereka yang nak mula bersarapan bak seorang raja, makan tengah hari bagaikan putera dan makan malam seperti orang miskin. Utamakan menu sihat. Antara menu yang nampak macam boleh buat meleleh air liur adalah makanan berasaskan Chia Seed. Sila jamu  selera mata anda! Dari mata jatuh ke hati. Sekali rasa pasti nak lagi :-)



Chia Crackers




Chia Puding




Chia Ais Krim



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...