Cara Menyediakan Chia Seed

ARYZA Chia Seed sangat bagus dicampurkan dalam makanan yang belum dimasak, yang sudah dimasak serta direndamkan dalam minuman. Keadaan terbaik adalah dengan membiarkan biji chia kembang dalam air sekurang-kurangnya 10-30 minit. Lebih lama, lebih baik.









Air kosong + biji chia

  


Untuk mengelakkan biji chia membentuk ketulan dalam air, selepas taburkan biji chia dalam minuman, goncang bekas minuman atau kacau sehingga sekata. Biji chia memerlukan ruang yang mencukupi untuk mengembang di dalam air minuman. Jika ruang tidak mencukupi, ia akan melekat dan berkumpul antara satu sama lain dan membentuk ketulan-ketulan kecil. Satu penutup putih Aryza Chia Seed memerlukan sekurang-kurangnya 250ml (secawan) air untuk kembang dengan baik. 

Biji chia juga BOLEH direndamkan dalam minuman panas seperti susu, milo, kopi, teh dan sebagainya. Sebaik-baiknya rendamkan biji chia tu apabila air minuman tak begitu panas @ SUAM. SUHU yang paling sesuai untuk merendam biji chia adalah di bawah 70 darjah celcius. 


Smoothies Pisang Oat + biji chia

 


Biji chia juga boleh mengantikan telur. Kek tetap gebu dan rasa kek tetap sama seperti menggunakan telur. [ Resipi Kek ARYZA Chia Seed (kek tanpa telur) ]


Video disediakan oleh stokis VVIP ARYZA Chia Seed, En Tengku Asmadi.***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...