10 CARA TURUNKAN BERAT BADAN DAN KURUS SECARA SIHAT

10 CARA TURUNKAN BERAT BADAN DAN KURUS SECARA SIHAT
Masalah berat badan


Siapa yang tak ingin kurus? Semua ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping. Ada yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kelihatan kurus, cantik dan menawan. Tapi sebenarnya terdapat perkara anda perlu ubah untuk kurus secara sihat dan tidak lagi ikut rutin yang sama setiap hari.
Di sini ada beberapa perkara  yang perlu anda lakukan perubahan untuk kuruskan badan dengan makan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti . Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya.

1. Ubah Mindset Anda! 
NEW MINDSET to NEW RESULT

Perkara paling utama anda kena ubah adalah mindset anda! Anda tidak lagi boleh ikut dengan rutin yang sama. Anda perlu ubah dari memikirkan diet kepada ubah gaya pemakanan anda dan gaya hidup anda , dan lakukan untuk jangka masa panjang.


2. Buang MALAS!!

Ramai sangat yang menjadikan alasan malas untuk lepaskan diri dari kegemukan. Bila tanya kenapa tak buat ini, jawapan mudah adalah malas, please la kalau anda betul-betul ada kemahuan nak kurus malas ni dah kena campak masuk gaung dan tiada perkataan malas untuk orang yang nak berjaya.Kalau malas makan kan best tentu dalam masa 30 hari anda kurus dengan selamat, tak ghitu ya. Sudah lah dengan mentaliti malas ni , anda takkan ke mana selagi tak ubah sikap anda. Anda bila tak berjaya turunkan berat badan dengan rajinnya salahkan orang lain .Please behave dan berubah!

3. Buang perkataan "TAK"


"aku TAK boleh la kalau tak minum benda manis"

"wehh aku TAK boleh la"

Ini satu lagi sikap negatif yang anda patut buang jauh ke dasar lautan hindi. Bila buat sesuatu yang baru anda perlu mulakan dengan pemikiran yang positif dan mencuba dahulu dan jangan awal-awal dah kata tidak. Sampai ada yang kita suruh elakkan minum manis boleh katanya tak boleh tak minum manis nanti ketar. Hallo minuman tu laa penyebab kegemukan anda , cubala dulu jangan duk kata tidak memanjang.
Ada lagi beri alasan saya suka masak dan ada kedai makan susah nak jaga makan. Wahai cik adik manis bukan nak suruh makan semua apa adik masak dan bukan nak suruh makan semua yang ada kat kedai makan tu, tapi buatlah pilihan yang sendiri , anda masak anda kawal , anda jual kuih 40 jenis takkan semua 40 jenis nak telan.

4. Elakkan Makanan Ringan 



Yang ni kebanyakkan dari anda selalu melakukan kesilapan ini. Anda perlu buat perubahan dengan mengelakkan makan makanan ringan (junk food/snack) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.

5.Ambil Makanan Tinggi Serat 
Pengambilan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya adalah sangat digalakkan. 
Siapa kata tak boleh makan nasi kalau nak kurus? Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.

6.Amalkan Protein Sihat

Perkara lain yang perlu di ubah adalah dari segi pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Perbanyakkan makanan tinggi protein putih  seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.

7.Banyakkan Makan Buah-Buahan Dan Sayur-sayuran


Sayur-sayuran dan Buah-buahan antara makanan yang berkhasiat untuk cepat kurus

 Ini yang selalu saya jumpa, kita memandang ringan khasiat dari makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda.
Disamping itu buah-buahan dan sayur-sayuran juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis dan pahit, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya.
Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti  buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

8. Pilih Menu Yang Betul 

Sangat penting apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul. Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.

9.Penting Minum Air Kosong  
minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

Banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’. Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

10. Pengambilan ARYZA CHIA SEED
ARYZA CHIA SEED membantu mengurangkan berat badan

Pernahkah anda dengar tentang Chia seed? Jika anda baru nak amalkan chia seed jangan tersalah beli pula biji selasih sebab rupa bentuknya seakan-akan sama tapi tak serupa berbanding kebaikan chia seed. Perkataan ‘chia’ berasal dari kata ‘chian’, yang bererti berminyak. Chia seed adalah biji berminyak yang dilengkapi dengan asid lemak esensial omega-3. Ianya sangat membantu melawan radikal bebas, antioksida yang tinggi, mengurangkan alergi, mengandungi sumber protein, mineral dan bagus untuk pengawalan berat badan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...