10 Makanan Mengurangkan Sakit Sendi (Arthritis)

Arthritis adalah sakit sendi yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kecederaan lama, jangkitan kuman, aktiviti fizikal dan lebihan berat badan. Sesetengah penghidap arthritis juga mempunyai masalah kencing manis, tekanan darah tinggi, gout dan penyakit jantung.

Secara amnya, terdapat dua jenis arthritis iaitu osteoarthritis dan rheutomoid arthritis:

  • Osteoarthritis (OA) - Osteoarthritis disebabkan oleh kerosakkan tulang rawan pada bahagian sendi. Apabila tulang rawan hancur, otot (ligamen) dan bahagian lain dari sendi akan tertarik semasa tubuh bergerak sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Rheumatoid Arthritis (RA) - Rheumatoid arthritis adalah jenis radang arthritis dimana sinovium (lapisan cairan pelindung sendi) meradang sehingga menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit. Jika dibiarkan tanpa rawat, RA akan menyebabkan kelainan pada bentuk sendi.

Berikut adalah 10 makanan yang dapat menggurangkan sakit sendi (arthritis)

1. Menambahkan ARYZA Chia Seed dalam menu harian.

Biji Chia adalah sumber berasaskan tumbuhan yang kaya dengan asid alfa-linolenik (ALA), sejenis omega-3 asid lemak. Omega-3 asid lemak terkenal dengan sifat anti-radang. Kajian mendapati bahawa peningkatan omega-3 boleh mengurangkan sakit sendi dan keradangan, serta kekakuan sendi pada orang dengan artritis rheumatoid. Biji chia juga mengandungi flavonoid yang bertindak sebagai anti-oksida. 

Selain itu, biji chia juga kaya dengan dua daripada mineral yang paling penting bagi orang yang mengalami sakit sendi dan keradangan: zink dan tembaga(kuprum). Kedua-dua mineral ini terlibat dalam pengeluaran enzim yang melawan keradangan dengan meneutralkan radikal bebas. Di samping itu, tembaga (kuprum) membantu badan menghasilkan tisu penghubung, ligamen, dan tendon, yang mengelilingi sendi dan membantu sendi menjadi stabil. Zink pula terlibat dalam membina enzim yang membaiki sendi.

Selain itu, biji chia membantu proses menurunkan berat badan dan mempunyai kalsium untuk pembentukkan sel tulang.






2. Minum teh hijau

Teh hijau kaya dengan antioksida yang di sebut .. Antioksida bertindak sebagai agen anti-keradangan dan menguruangkan rasa nyeri pada sendi. Catechin dalam teh hijau juga meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit.

3. Kacang soya.

Kacang soya juga mempunyai Omega-3, rendah lemak dan tinggi protein.

4. Minyak Zaitun (extra virgin)

Minyak zaitun mengandungi oleocanthal, iaitu sejenis lemak baik yang mempunyai fungsi yang sama seperti anti-steriod dan anti-keradangan.

5. Produk tenusu (susu, yogurt, keju)

Produk tenusu mengandungi kalsium dan vitamin D. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsuim. Vitamin D juga dapat meningkatkan keimunan badan.

6. Brokoli

Brokoli kaya dengan vitamin K dan C. Ia juga mengandungi sulforaphane, yang dapat melewatkan keradangan osteoarthritis. Brokoli juga mengandungi kalsium.

7. Buah-buahan citrus (oren, lemon, anggur, etc)

Buah-buahan citrus kaya dengan vitamin C. Vitamin C dapat mencegah keradangan arthitis dan menggekalkan kesihatan sendi.

8. Ikan

Sesetengah ikan seperti salmon, tuna dan makeral  kaya dengan Omega 3. Pakar mencadangkan ikan dimakan sekurang-kurangnya dua kali sehari.


9. Bawang putih

Sebatian diallyl disulphine yang terdapat dalam bawang putih dapat menghadkan penghasilkan enzim yang merosakkan rawan. Oleh itu, ia bagus untuk peringkat awal osteoarthritis.

10. Kekacang

Kekacang kaya dengan protein, kalsium, magnesium, zink, vitamin E dan Omega 3 (ALA). Ia juga mengandungi protein dan serat.


10 Makanan Mengurangkan Sakit Sendi (Arthritis), kalau diamalkan sebagai diet harian, kurang sakit lutut, sakit sendi dan lenguh-lenguh badan. ARYZA Chia Seed menawarkan biji chia terbaik dipasarkan. Jom hubungi agen dan stokis kami diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.


Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/AryzaChiaSeedHQ/




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...