Parut luka memang sukar dihilangkan. Meskipun ia tidak menyakitkan tapi ia boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri seseorang.
Banyak produk untuk menghilangkan parut yang berada di pasaran tetapi jika anda memilih untuk guna bahan yang selamat dan semulajadi, bolehlah menggunakan bahan seperti berikut:
Aloe Vera adalah sejenis pokok yang berdaun runcing dari keluarga liliacease yang kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memutihkan kulit dan menghilangkan parut secara perlahan-lahan. Sifat semulajadi aloe vera yang lembut, memudahkan ia untuk disapu di bahagian berparut.
Cara-caranya : Hanya perlu patahkan daun, ambil lendir dan sapu ke kawasan berparut. Biarkan kering selama ½ jam, kemudian cuci dengan air bersih.
2. BAKING SODA (NATRIUM)
Baking soda mampu untuk menyerap masuk ke dalam lubang-lubang pori di kulit dan membersihkannya kekotoron yang tersisa di dalamnya.
Cara-caranya : Campurkan 2 sudu besar baking soda serta air dan gaulkan sehingga menjadi seperti pes. Kemudian lumurkan pes tadi ke kawasan berparut. Biarkan selama 15 minit hingga pes itu mengering.Gunakan moisturizer untuk basuh pes tadi dan amalkan setiap 2 hari sekali untuk mendapat hasil yang menakjubkan.
3. TIMUN
Mengandungi kadar air yang sangat tinggi, vitamin A,C dan Magnesium yang baik untuk kulit.
Cara-caranya : Hiris timun segar bulat-bulat dan tempek di bahagian parut. Biarkan ½ jam dan bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk kesan yang maksima.
4. MADU ASLI
Hanya madu lebah asli (tanpa proses) boleh digunakan.
Cara-caranya : Ambil sedikit madu, sapukan pada bahagian parut dan biarkan kering tanpa dibilas.
5. LEMON
Lemon adalah asid AHA yang berfungsi untuk membantu pertumbuhan kulit baru dan menghilangkan kesan parut
Cara-Caranya : Perah jus lemon di dalam mangkuk kaca (jangan guna mangkuk besi). Jika kulit sensitif, cairkan sedikit dengan air sejuk sebelum sapu ke permukaan berparut. Jika kulit biasa, sapu terus dengan menggunakan kapas. Setelah kering, bilas dengan air bersih.
6. UBI KENTANG
Jus ubi kentang kaya dengan vitamin dan mineral. Kanji di dalam ubi kentang juga baik untuk kulit.
Cara-Caranya : Hiris kentang nipis-nipis dan tempek di bahagian berparut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas bersama dengan air suam. Amalkan sehari sekali.
7. BEDAK SEJUK
Bedak sejuk merupakan warisan turun temurun, dihasilkan dari beras yang direndam dalam air. Ia dapat menyerap minyak dan mengosongkan liang pori.
Cara-Caranya : Ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dalam air.Buat pekat-pekat dan sapukan pada parut dan biarkan semalaman.Pagi sebelum solat, basuh dengan air biasa.
8. AIR TEBU
Air tebu mengandungi asid glycolic, ianya sejenis asid AHA seperti jus lemon. Kebaikannya dapat menghilangkan sel-sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.
Cara-Caranya : Campurkan 2 sudu air tebu pekat dengan 1 sudu minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon. Kemudian, sapukan pada bahagian parut dan biarkan selama 15 minit. Cuci dengan moisturizer dan amalkan 2 hari sekali.
9. ARYZA Chia Miracle Oil (ACMO)
Penggunaan minyak ARYZA chia oil mampu mengatasi pelbagai masalah kulit termasuk parut. Minyak ini sesuai digunakan oleh semua lapisan peringkat umur.
Aryza Chia Miracle Oil Tinggi pelbagai nutrisi hebat untuk kulit.
[+] Omega-3 bersifat anti radang yang dapat mencegah pembentukan ekzema dan mengelakkannya daripada melarat.
[+] Zink didalam minyak chia bertindak sebagai antibiotik yang membunuh bakteria dan mempercepatkan proses penyembuhan.
[+] Tinggi antioksida yang melindungi kulit sedang bermasalah daripada serangan radikal bebas .
[+] Protein yang amat penting dalam setiap proses penyembuhan kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel baharu dan menggantikan sel yang rosak.
[+] Vitamin E membantu menghilangkan masalah parut dengan pantas
Minyak Chia juga sangat ringan dan mudah menyerap terus kedalam kulit dengan mudah tanpa tersumbat atau menyekat liang . Memberikan kelembapan kulit yang lama dan merawat masalah parut dan jerawat.
Minyak chia ini bebas daripada SILICON, PNG, ALKOHOL dan PARABEN. Hanya 2-3 titik minyak dan sapuan ke kulit dapat atasi masalah kulit anda. Pilihan terbaik untuk kecantikkan kulit anda.
Dapatkan Aryza Chia miracle Oil hari ini.
Setiap pembelian 1 botol Aryza Chia Miracle Oil PERCUMA 1 botol Aryza Chia Seed Junior Pack.
Untuk INFO PANTAS
klik link whatsapp dibawah
www.wasap.my/60189695320
atau beli terus melalui website kami
klik link whatsapp dibawah
www.wasap.my/60189695320
atau beli terus melalui website kami
KLIK 👇